top
     halaman pertanyaan

Wednesday, 13 December, 2017


review tentang ramuan herbal rkr Review Ramuan Herbal RKR:ubat selsema dan bersin mujarab hari2 sy melihat botol itu seperti bom....petua hidung tersumbat
- Sarina Bakar  (info dari fb rkr - Klik Sini )

divider

Info Rawatan Rokok Resdung dan Ramuan Herbal

Penjelasan di muka depan tu saya rasa dah agak terperinci, tapi sebenarnya ia masih tidak dapat meliputi banyak lagi perkara yang ingin saya sampaikan mengenai manfaat Rawatan Gandingan 2 ini (saya gelar ia begitu, ringkas). Kalau anda terdiri dari jenis yang mahu terus mendapatkan info, tak kisah menghabiskan masa mengkaji demi kebaikan diri sendiri, maka web page ini memang sesuai buat anda.

Penjelasan #1

lendir resdung dikeluarkanMengenai testimonial no.2 di web page depan - Encik Ah Lail beritahu dia melalui pengalaman terhidu bau busuk 'pelik'. Dan kemudiannya mendapati ada daging membusuk yang dihembus keluar. Memang inilah salah satu keadaan sebenar menandakan kejayaan besar hasil Rawatan Gandingan 2 ini.

Tahukah anda tak kiralah betapa keras usaha kita mahukan wajah cantik, sihat gebu tetapi kalau 'daging rosak' tu berada dalam wajah, maka mustahil, yes, dengar ni- mustahil kita berjaya mencapai tujuan. Ini kerana daging yang sihat di dalaman sedang bercampur dengan daging busuk. Fenomenanya begini: cuba anda bayangkan - bagaimana nak membersihkan parit yang terdapat sekatan, sumbatan sampah sarap dengan tidak memberi fokus membuang sampah sarap tu?

Jadi, di sini saya mahu anda faham bahawasanya kalau kita berusaha keras mengerahkan sepenuh tenaga, masa dan wang bagi mendapat kulit sihat, indah dipandang mata tetapi gagal menghapuskan penyebab utama ia rosak, maka segalanya adalah sia-sia.

Aktiviti / Amalan Kesihatan Merbahaya

Gejala merokok tidak terhenti sudah menjadi suatu kebiasaan di sana-sini. Ditambah pula dengan perkara yang sengaja di ada-adakan bagi tujuan bisnes - menghisap shisha. Perkara seperti ini akan membentuk 'suatu tapak hitam' iaitu luka terhadap organ dalaman badan. Ia mengambil tempat sikit demi sedikit. Kalau amalan ini berterusan, begitulah juga ia pada organ - berterusan merebak ke semerata tempat yg lain pula...perlahan-lahan. Sedar-sedar, hampir keseluruhan bahagian dada apabila di X-Ray; jadi hitam berasap. Di kala taraf kesihatan merosot akibat ini, memberi peluang kepada kuman-kuman resdung (dan juga penyakit lain); bertapak (bermula). Nasihat free: kalau anda sudah pun seorang perokok tegar, tak usahlah ditambah dengan gejala-gejala tak sihat yang lain pula (dengan alasan nak mencuba). Tak perlu saya berpanjang lebar sebab anda sendiri tahu mana & apakah amalan yang tidak sihat buat diri sendiri. Penerangan ini bukan bertujuan menakutkan tetapi - fakta realiti.

Masih pening dalam membuat keputusan? Tak mengapa. Download report percuma di bawah dan saya akan tolong anda buat keputusan terbaik:




Nama perlu di-isi.


Email perlu di-isi.Format tak sah.

Nota: risau mengenai aktiviti spamming? Jangan, sebab Email anda selamat bersama kami. Kalau tak percaya, daftar satu email baru dan gunakan ia untuk download report kami. Pasti tidak akan muncul sebarang email selain kami. Itupun kemungkinan 2 email sahaja sebulan. Dan anda boleh 'unsubscribe' (batalkan) bila-bila masa saja. Email yang kami kirim adalah berkenaan dengan informasi bagaimana anda boleh membanteras penyakit resdung (dan juga yang seangkatan dengannya) serta bersedia agar ia tidak senang-senang menjangkiti. Ia adalah maklumat berdasarkan kajian sebenar melalui pengalaman. Bukan selonggokan promosi supaya anda bertambah benci dan meluat.spamming

Petua-petua free / perkongsian sana-sini

Ada suatu ketika, sedang dalam mencari dan mengkaji petua serta amalan dari orang ramai bagi merawat penyakit resdung dan jerawat, saya telah terjumpa satu blog yang memberikan petua berkenaan cara mengeluarkan ulat resdung. Saranan dia berbunyi begini:

petua kecantikan muka "Caranya letakkan wajah anda di wap nasi atau wap air yang baru lepas dimasak selama 5 - 10 minit. Apabila wajah anda kelihatan kemerah-merahan, picitlah wajah anda dengan mengunakan hujung jari. Ulat tersebut akan lebih mudah keluar. Untuk membersihkannya, lapkan dengan pelembap ke wajah dengan mengunakan tisu. Ini akan mengelakkan wajah anda daripada terkena jangkitan kuman daripada kuku. Amalkan selalu. Insyaallah wajah anda pasti akan bebas dari jerawat."

Amboi...senang-senang saja bagi petua yang berisiko menjahanamkan lagi wajah. (blog mana dirahsiakan sebab saya sekadar menegur, bukan nak menjatuhkan.) Inilah risiko yang bakal anda hadapi kalau terlalu pentingkan wang sampai takut nak berbelanja lalu berusaha bagai nak rak mencari yang free. Memang banyak boleh jumpa tapi sanggupkah anda meletakkan wajah sebagai taruhan mencuba pelbagai-bagai 'resepi'? Anda tak kisah muka rosak? Sila ambil perhatian sekiranya kulit wajah rosak, ia adalah bahagian paling susah nak di-ok-kan balik. Jangan dibuat main.

penawar menghapuskan jerawatNota: bukan semua petua percuma tu tak elok. Tapi seperti yang saya cakap; 'mempertaruhkan nasib mencuba' adalah...(anda faham kan?). Kalau terjadi apa2 kerosakan, tak boleh nak salahkan sesiapa. Orang-orang ni bukannya menjual. Kalau melalui RKR (rokokresdung.com), sekurang-kurangnya ada tempat mengadu dan tahu siapa yang bertanggungjawab. Setakat ni, alhamdulillah tiada sebarang kerosakan kulit berlaku sebab pihak rkr dah mengkaji terlebih dahulu, serta menasihati supaya jangan pandai2 rawat jerawat tu kalau tak pasti. Segalanya di sini adalah bahan tradisional dan ini jaminan saya: paling teruk kesan pun adalah pesakit tidak merasai apa2 perubahan...makna - rawatan ni tak berkesan terhadap dia. Perkara ini terjadi kebanyakkan adalah sebab - pesakit tidak mengikuti panduan tersedia dengan betul!. Kes macam ni ada 2 - 3 (segelintir). Mengadu tak ada apa2 kesan sedangkan jauh di sudut hati; mereka simpan kebenaran bahawasanya mereka tak buat apa yg disuruh. Saya nak beritahu anda: rawatan Gandingan 2 ni kuat kesannya dan mustahil pesakit tak rasa apa-apa! Tak apa - untuk orang begini, pihak rkr suatu hari nanti akan buka pusat rawatan dan boleh datang sendiri bagi dapatkan rawatan. Di situ nanti kita boleh tengok apa yang tak kena. Tapi bukan sekarang. Kami tak mahu tergesa-gesa excited buka bisnes dan kemudian tutup sebab perancangan tak cukup. Harap faham.

Tentang Rawatan Luaran

rawatan tradisional resdung kronik

Rawatan Luaran adalah mengenai merawat wajah atau kulit bermasalah di bahagian luaran sahaja (ye, sudah tentu lah anda tahu ni...) tetapi; rawatan luaran rokok resdung menyumbang lebih kurang 24.6% kepada sektor Rawatan Dalaman. Kenapa ye? Sebab apabila muka terkena wap herbal rokok tersebut, sampai ke tekak boleh terasa kesan dia. Mata pulak boleh terasa macam di'masak'. Apa yang dirasai itu adalah tindakbalas wap menembusi wajah hingga ke akar. Apabila rawatan dibuat, anda dipersilakan untuk melapik mata dengan sapu tangan / tisu lembap. Akan tetapi mata tetap terasa seperti di'rebus'. Jangan risau. Sebab seperti yang telah diterangkan; apa yang menyebabkan tu adalah sesuatu yang halus - wap herbal. Kuman2 dipermukaan (muka dan mata) terasa 'bahana' 2 dalam 1 iaitu: kepanasan yang dibaluti herbal. (Pedih adalah disebabkan ramuannya.) Wap ini kalau anda tujukan pada tangan, (atau bahagian kulit selain muka), memang tak rasa panas (ataupun juga; tak rasa apa). Melalui 'eksperimentasi' ni, maka anda tahu wap tersebut tidak merbahaya. Sekali lagi; ia halus. Cuma bahagian muka terasa sebab kulit di kawasan tu agak lembut berbanding kawasan lain.

Penjelasan #2

ubat jerawat nanahPernah juga saya tengok ada orang tu jerawat nanah dia pecah selepas terkena wap ini lebih kurang 3 minit. Ini menandakan wap ini cukup kuat. Sekali lagi jangan risau sebab; sebaik saja pecah, kuman yang mengalir keluar akan bertalu-talu di'bedil' dengan wap seterusnya. Kuman mati tanpa sempat membuat jangkitan di tempat lain pula. Wap juga dapat tembus masuk ke bahagian akar jerawat pecah tu. Dapat tangkap? Saya tak mahu terlalu panjang lebar sebab nanti anda pening. Cuma penting untuk anda tahu: picit jerawat mengunakan jari atau besi seperti jarum adalah salah sama sekali! Semua itu akan menjerumus kepada jangkitan ke kawasan luaran dan dalaman muka yang lain! (2 dalam 1 juga - bahaya.) Kalau NAK sangat pecahkan / picit jerawat tu (sebab kemungkinan ada meeting penting); tanamkan dalam fikiran & hati - 'aku mesti guna rokok resdung!' (dari rokokresdung.com...)

Nota: Rokok Resdung dari sini adalah bersaiz paling standard. Sudah diukur bagi pengeluaran asap lancar. Ia juga bukan jenis 'peram lama'. Kami menghantar bekalan yang 'fresh' kepada para pelanggan (di'masak' beberapa hari sahaja sebelum dihantar). Ini penting bagi menjamin kualiti.

Mungkin ada kaedah lain yang juga selamat bagi tujuan merawat atau pecahkan jerawat (peralatan canggih kedoktoran misalan-nya). Tapi, sebagai orang biasa (bukan doktor serta tak mampu beli alat perubatan canggih), maka rokok resdung pun sudah cukup memadai. Walaupun murah, jangan salah anggap pulak: ia di antara bahan tradisional paling powerful merawat resdung jerawat. Kalau tidak takkan lah ia boleh bertahan berkurun-kurun lamanya! (Sekarang ni dah masuk dalam internet pulak. Dulu kat kampung2 je...) Jadi; jangan pandang rendah terhadapnya.

Perawat Tradisonal divider

perubatan rawatan resdung MalaysiaTahukah anda bahawa Malaysia adalah di antara negara paling berjaya dalam bidang perubatan resdung? - melalui kaedah perubatan tradisional-nya. Setelah membuat kaji selidik serta perbandingan statistik, saya dapat tahu ramai rakyat di USA masih tercari-cari ubat yang betul2 berkesan bagi merawat apa yang mereka gelar di sana sebagai Sinus dan Allergy. Ramai juga yang menjual, promosi besar-besaran tetapi malangnya; masih tak boleh nak tandingi apa yang perawat2 di sini hasilkan! Resdung sudah menjadi suatu bidang yang amat kuat di Malaysia. Dan kini, rokokresdung.com pula muncul di internet bagi meluaskan lagi sebaran serta memudahkan dapat bekalan. Anda yang membaca ni, memang dah sah beruntung. Rakyat USA masih terpinga-pinga susah nak dapatkan bekalan. Sekarang ni, harapan mereka ialah moga2 ada pihak dari sini dapat usahakan cara supaya mereka juga turut sama boleh. Makna - pihak tersebut kena siapkan perancangan bagi menghasilkan web site yang bersedia menangani operasi ber-urusan di peringkat global. (Bukan senang seperti didengar.)

Info: sebab Malaysia tidak terserlah adalah kerana pihak perawat masih ketinggalan di soal promosi, lebih-lebih lagi internet marketing yang melibatkan sistem dan program komputer yang bagi mereka: cukup menakutkan. Baru dengar saja; akan segera menerbitkan rasa penuh debar terbayang pelbagai jenis kod & keyboard. Apatah lagi mempelajari. Mereka ini (perawat) handal dari segi perubatan tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhannya ter-amat kurang kemahiran di bidang memperkenalkan produk kepada umum. (Ini bukan kutukan, sindir, mengata diri hebat - tetapi fakta, kenyataan yang sedikit pun tidak diiringi apa jua rasa dikala menyatakan. Ibarat: andaikata saya turut sama begitu, maka begitulah.)

Tentang Rawatan Dalaman

rawatan dalaman untuk kulit rosakmerawat penyakit bisul dan nanah Bisul, nanah, kahak dan tahi mata yang selalu terkeluar dalam keadaan kuning pekat, mendapat bekalan menghasilkannya dari sumber yang sama iaitu: resdung! Yang menjadikan kulit, hidung dan mata (terutamanya) gatal: adalah nanah yang sedikit sebanyak mengalir di dalam sistem saluran badan (bercampur dengan sel dan darah sihat). Kawasan yang dihinggap bisul (tak dipicit dan dibiar masak kekuningan), akan merasa gatal yang amat sangat, termasuk bahagian sekeliling bisul nanah tersebut.

Ramai mengambil langkah simple dengan memicit bisul tersebut. Peratusan mereka yang berjumpa doktor / mendapatkan nasihat pakar tersangat kurang! Tahukah anda bahawa memicit bisul bahaya risikonya? Terutama bisul bernanah tahap kronik. Pecahan bisul tu akan membuka ruang bagi kuman2 luar untuk hinggap, bercantum dengan kuman yang dah sedia ada dan mengakibatkan 'bentan' (jangkitan teruk yang susah diubati). Andaikata tapak pecah tu disapu ubat yang betul, mungkin tak apa tapi bagaimana kalau tak?..Pandangan saya; tak usah pandai2 sendiri pecahkan bisul kalau diri masih was2 dan ragu. (Gambarajah no.3 kanan menunjukkan tapak pecah yang berisiko mengundang pelbagai bakteria jangkitan.)

Di sinilah pentingnya Rawatan Dalaman RKR. Kepada anda yang dijangkiti bisul bernanah ini, tiada apa yang perlu dirisaukan sebab Rawatan Dalaman (Ramuan Herbal Resdung) akan mencuci saluran2 yang dicemari nanah dan membersihkan ia jauh ke dalam hingga ke sumber pembiakan resdung. Seperti yang telah diterangkan di muka depan web site, cecair ini bertindak bijak menjalankan tugas membasmi kuman2. Secara ringkasnya; seumpama memicit bisul dari sudut dalaman! Ramuan ni akan me'mecah'kan tapak bisul dari sudut akar; sekaligus memberi kesan cemerlang dalam usaha membuatkan bisul mengecut sikit demi sedikit dan kemudian mati. Tak perlu picit dari sudut luaran. Kesan ramuan ni cepat. Anda akan dapat lihat proses 'kecutan' berjalan pantas dan di akhirnya; bisul akan jadi hitam dan pudar. Rawatan ini akan selamatkan anda dari pelbagai risiko merbahaya. Jadi, ingat: buat dengan betul. Stay Safe.

Info: bila banyak nanah tersingkir dari badan, anda akan kagum dengan kesihatan kulit nanti. Pelbagai Rawatan Luaran akan menjadi efektif apabila darah serta sistem saliran jadi bersih, lancar. Fakta realiti yang tidak boleh dinafikan.

Saloon Kecantikan / Pusat Rawatan / Perawat Persendirian

Rawatan Kecantikan untuk Kulit bermasalah

Untuk kulit yang tidak bermasalah guna pakai rawatan ini, hasilnya akan jadi bertambah-tambah sihat dan berseri. Kerana apa jua produk kecantikan / penjagaan wajah, badan; lebih cepat & senang 'meresap' (berkesan) bila tiada kuman dan kotoran menganggu tugasannya. Wajah tampil cerah dan gebu semulajadi apabila darah sihat. Ini adalah salah satu Petua Awet Muda terbaik (jangan pandang remeh kalau anda jenis yang menitikberatkan kecantikan diri). Ia akan mengekalkan 'ke-aslian' wajah - sweet.

Namun semua itu hanya boleh tercapai kalau anda terlebih dahulu melengkapkan diri dengan pengetahuan bagaimana nak lakukan Rawatan ni dengan betul dan sebaiknya. Maka dengan itu, sila pelajari dengan kemas melalui Pakej OveraLL yang RKR sediakan - Klik Sini

Istimewa! - Rawatan Kecantikan Kulit, Sihat Bermaya

Mencantikkan Kulit Lihat pada gambar tersebut. Anda tak boleh nafikan bahawa rawatan RKR ini memang cukup berkesan! Bagi tuan-punya wajah gambar ini; dia berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan selepas 3 minggu berturut-turut menjalankan rawatan dengan konsisten, sekali sehari. Lepas tu dia jarak-kan selang 4 hari untuk maintain hasil kecerahan (+ kesihatan) tersebut. Fenomena ramai yang mahukan kulit halus gebu seperti bintang Korea cukup hangat melanda di Malaysia ni, seolah-olah cantik benor kulit orang sana mengalahkan kita. Memang le kulit orang Korea yang muncul kat TV tu cantik-cantik belaka - sebab yang muncul tu semuanya artis! Apa beza sangat dengan artis Malaysia? Semua yang bakal muncul di TV; rata-rata membuat persediaan mencantik serta mencerahkan wajah. Di sini sudah terbukti: Rawatan RKR mampu untuk mencerahkan wajah dengan cara paling powerful sekali. Sebabnya; rawatan RKR berunsur penghapusan kuman - lalu membuatkan hasil 'cerahan' wajah dimiliki begitu terserlah!..dan semulajadi. Wajah tersebut tidak mengalami masalah jerawat, tetapi apabila di-apply Rawatan Gandingan 2, membuatkan wajah jadi gebu menawan. Hasil cerahan yang anda lihat itu adalah tanpa sebarang make-up! Makna; sekiranya anda bersolek atau mengenakan bedak; maka akan jadi bertambah cerah, putih berseri muka. (Elok kalau dipakai gincu berwarna merah Ros - supaya 'kegebuan' lebih terserlah.) Maka inilah dia - kalau anda jenis yang mementingkan kesihatan kulit muka, anda wajib gunakan Rawatan Gandingan 2 ini. Wajah yang bermasalah akan terhapus masalah tu hari demi hari, manakala wajah yang tiada masalah akan melangkah ke arah keserian, kegebuan serta kecerahan semulajadi mempesona hari demi hari. Renungkanlah; ini mungkin satu-satunya peluang untuk memiliki kulit sihat menawan, meletakkan diri di kalangan mereka yang memiliki kecantikan kulit taraf pesona. Rahsia Kulit Cantik semulajadi

Lain-lain Penyakit berkesan diubati mengunakan Rawatan RkR

merawat tekak yang gatalTekak yang gatal, terasa pedih + gatal ketika batuk - juga dikategorikan jangkitan resdung. Nama saintifik yang doktor guna bagi penyakit ini ialah: Tonsil(litis). Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Di kategori jangkitan ringan (akibat demam biasa atau pengaruh cuaca), simptom selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akibat ramai anggap ia hanya sementara, membuatkan ada sesetengah pesakit (tidak bernasib baik) yang membiarkannya saja; terlajak ke tahap serius. Memang benar simptom ini kebiasaannya sementara. Tetapi ada sesetengah kes ia tidak. Pesakit terlibat akan mengalami batuk berpanjangan (yang boleh sampai ke tahap batuk kering) dan 'perit tekak' - membuatkan segala kegiatan terganggu. Peluang ini akan diambil oleh kuman resdung bagi meluaskan 'jajahan'. Sepertimana yang dilihat dalam gambarajah, tekak mulai bernanah. Bila dah jadi begitu, maka ia sukar dibuang dengan kaedah 'rawatan biasa-biasa'.

ubat sakit tekakMasih belum terlambat sebab Rawatan Gandingan 2 amat sesuai untuk pembasmian ini. Wap asap herbal akan terasa sampai ke 'tekak' (apabila dibuat rawatan), manakala ramuan cecair menyusul dengan menghakis bakteria, nanah mahupun 'habuk-habuk' halus yang menyebabkan batuk, gatal dan pedih. Oleh itu, kalau simptom begini melanda, jangan risau kerana insyaallah saya jamin: Rawatan Gandingan 2 ini amat berkesan. Nasihat saya; kalau gejala awal sudah melanda, cepat-cepat ubati. Jangan tunggu ke saat parah sebab dengan alasan 'nak pastikan jer...'

najis diselaputi lendir nanahJenisan Lendir penyebab Nanah, Bisul dan Kahak Pekat yang melekat kuat di dalaman badan. - penyebab penyakit merbahaya

nanah pekat bercampur najisBegitulah rupanya...(gambarajah kanan) Pengurusan sebenarnya ada menyimpan pelbagai gambarajah berkaitan kajian dan eksperimen, tetapi terpaksa berfikir banyak kali, tangguh paparan kepada umum disebabkan garis panduan berurusan di internet sekarang semakin ketat.

Contoh #1: RKR terpaksa bina sebuah lagi website mini bagi mendapat kelulusan dari pihak Google dan Yahoo! - supaya segala web milik RKR terutama yang utama ini (rokokresdung.com), 'mesra-alam', tidak dimasukkan ke dalam senarai penapisan mereka - lalu membuatkan pengunjung kurang.

Contoh #2: facebook pernah beberapa kali mengagalkan posting rkr bagi tayangan umum kerana 'geli-geleman' dengan gambar yg datang bersama posting tersebut. Agak merugikan kerana posting tersebut sungguh infomatif (berguna untuk ramai), tetapi terpaksa diturunkan kerana hal gambar yang pihak sana tidak faham tujuannya.

Berbalik pada topik tadi, anda perlu tahu, inilah salah satu rupa benda yang keluar akibat dari proses penghakisan rawatan rkr. Walaupun rupa berbeza, tetapi jenis (spesis)nya adalah sama. Ia merupakan tapak permulaan untuk pelbagai jenis penyakit. Nampak macam mudah terkeluar? Tidak. Benda ni sangat susah nak keluar dari badan. Ia melekat kuat di sekitaran dalaman organ. Kajian mendapati, selepas dibiar lebih kurang 10 minit, ia akan bertukar menjadi lendir 'melekit' yang lebih pejal dari sebelum. Bermakna; ia akan melekat kuat terhadap objek yang tersentuh padanya. Ia tidak mudah lekang. Malahan, ia akan berpecah-pecah menjadi beberapa pecahan sana-sini kalau percubaan nak tanggal / hakis ia dari objek tersebut. (ia tidak mudah digelincir atau lekang 'seketul'. boleh bertukar menjadi pecahan-pecahan kecil yang semuanya melekit dan melekat kepada bahagian-bahagian lain pula - organ dalaman badan.)

Gambarajah tersebut memberi gambaran sebenar bagaimana penyakit seperti Resdung, atau lebih berat lagi; Kanser terjadi! Ia seumpama tapak yang membiak-biak ke sudut-sudut dalaman badan (organ), makin lama semakin berleluasa sekira tiada sebarang rawatan pembasmian diusahakan. Setiap pecahan kecil lama kelamaan akan menjadi besar - dan bayangkanlah benda lendir kuning begini semakin banyak melekat pada organ dalaman! - salah satu simptom ialah terjadinya bengkak nanah sekira pesakit mengalami luka. Luka yang dialami susah nak sembuh. Malahan boleh melarat jadi 'bentan' - tapak luka yang saluran bawah dipenuhi nanah (lendir kuning ini.)

Gambarajah najis diselaputi lendir kuning atau nanah merbahaya ini berjaya dibanteras keluar melalui sistem penghadaman. Ada kala seseorang itu perlu lihat dengan jelas bagi mempercayai, seterusnya mula beri tumpuan dan kemudian serius merawat.

sya berpuas hati dgn tindak balas rkr... skrg sya btl2 teliti setiap ap y berlaku ats dri sya.. mulai smlm dn hari nie sya dpti najis sya disaluti lendir putih sprti y dinyatakan..
- Sastriawati.

selepas 2-3 hari saya buat rawatan ada keluar lendir bersama najis kemudian ada ulat kira kira 10 ekor, selepas itu tak ada ulat keluar,ulat resdung kut.
- Thasan Dass.

Rawatan RkR untuk Telinga

rawatan telinga rkr Gambarajah menunjukkan segumpal lendir kering yang dikorek keluar dari telinga (dinasihatkan lakukan perlahan-lahan, berhati-hati guna 'cottonbut' tersebut). Ia merupakan punca telinga gatal, sumbat, termasuk kurang deria pendengaran. Lendir kering ini tidak akan senang-senang keluar: sekiranya tidak mempraktikkan rawatan rkr terhadapnya. Keringnya lendir tersebut dan kemudian berjaya dikorek keluar, menandakan kejayaan rawatan rkr dalam usaha membasmi kuman, membersih saluran serta melancarkan saluran dalaman telinga. Harap ambil perhatian: jangan terlalu kasar atau dalam sangat korek, kerana telinga mempunyai organ yang dinamakan 'gegendang' - bertindak menapis, menghalang unsur-unsur seperti air, habuk, debu kotoran dsb. dari menembusi ke sudut lebih dalam telinga (garisan antara organ luaran dan dalaman). Gegendang ini juga berkait rapat dengan fungsi sistem pendengaran. Kalau pecah, maka deria pendengaran turut sama terjejas. Ia agak 'nipis' dan sensitif dengan benda-benda tajam seperti cottonbutt. Kalau mengorek telinga, hendaklah sekitar dalaman ala-kadar, pastikan jangan lalai (atau sengaja) cucuk terlalu dalam.

Dengan adanya rkr untuk telinga, kini peranan cottonbutt boleh diminimumkan (guna dengan yang sepatutnya). Biarkan rawatan rkr jalankan tugasnya di sudut yang jauh ke dalam, melepasi gegendang. Lendir kuning ini selalunya akan mengering dan terkumpul selepas seminggu, baru mudah nak korek ia keluar. Ia selalunya terjadi pada fasa permulaan sahaja (ketika kuman-kuman masih tebal). Kekerapan muncul bergantung pada banyak mana kuman-kuman yang perlu dihapus (bersarang di dalam).

kualiti bahan rkr Cara betul membuat rawatan telinga rkr, perlu rujuk info di 'facebook notes RKR' - Klik Sini

divider

Perhatian: saya cadangkan agar anda 'bookmark' atau simpan page ini di tempat rujukan sebab; di sini membekalkan info 'kuat' mengenai gejala yang berkaitan dengan penyakit resdung dari tahap sederhana hinggalah ke tahap kronik, berbisa serta merbahaya. Setelah menerangkan sebaik mungin supaya anda faham, disediakan juga Cara Rawatan yang sungguh berkesan menanganinya. Disediakan juga Panduan Langkah demi Langkah agar anda tidak tersilap. Bantuan phone dan email turut ada bagi menjawab apa jua persoalan yang masih tidak faham. Semua servis ini adalah untuk 'berdiri di sebelah anda' bagi membantu anda berjaya menghapuskan resdung tahap kronik. Kalau berguna buat anda, mungkin berguna buat orang2 yang rapat dengan anda (keluarga, saudara-mara, sahabat). Jadi, minta kerjasama anda menyebarkan kepada pihak yang memerlukan agar mereka tidak terbiar tanpa pertolongan mengubati penyakit ini. Ingatlah: kebaikan dibalas kebaikan. Tiada apa yang hendak dirugikan. Terima kasih.bookmarked